Info Fakulti

Mengenai Kami

title bar 80

Fakulti Ekonomi, Perakaunan & Pengurusan bermula pada tahun 1995 yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Pengajian Perniagaan dan kemudian Fakulti Pengurusan dan Muamalah. Pada peringkat permulaan, fakulti ini beroperasi di bangunan sementara Sekolah Agama Menengah Tungku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor. Pada tahun 2000 operasi fakulti berpindah ke Kampus Induk di Bandar Seri Putra, Bangi. Selepas tertubuhnya Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2004, nama fakulti ditukar kepada Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) dan terbaharu diubah ke Fakulti Ekonomi, Perakaunan & Pengurusan (FEPP).

Fakulti Ekonomi, Perakaunan & Pengurusan kini mempunyai 4 jabatan iaitu:

  • Jabatan Ekonomi & Kewangan

  • Jabatan Perakaunan

  • Jabatan Pengurusan & Perniagaan

  • Jabatan Sains Kuantitatif

Fakulti Ekonomi, Perakaunan & Pengurusan (FEPP) berazam untuk melahirkan dan menyediakan professional muslim yang berkebolehan dan berdaya saing dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti perbankan, perakaunan, ekonomi, pengurusan perniagaan, pengurusan potensi insan dan pengurusan halal. Graduan fakulti ini diharapkan mampu memimpin masyarakat dalam pelbagai bidang muamalat berlandaskan prinsip dan ajaran Al-Quran.

logo fepp w 2025

Aras Bawah, Blok Akademik 1, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000    +603 8911 7181 (DL)
fepp@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup